Wednesday, October 8, 2008
Rumah Terbuka Aidilfitri Jabatan Perdana Menteri
Rumah Terbuka Aidilfitri Jabatan Perdana Menteri telah diadakan pada hari Rabu bermula jam 12.00 tgh hari...dihadiri oleh ramai orang (tak terkira ramainya)..menyediakan pelbagai juadah yang menusuk kalbu..haha..lebih kurang 47 agensi yang bernaung di bawah jabatan perdana menteri mengambil bahagian menyediakan pelbagai jenis juadah anataranya nasi beriani.laksam,cendol,laksa penang dan bermacam-macam lagi...JAKIM salah satu agensi yang bernaung di bawah Jabatan Perdana Menteri telah menyediakan juadah Laksa Penang...sedap giler laksa tersebut...sape tak rasa rugi...Majlis tersebut turut dihadiri oleh Perdana Menteri serta Isterinya...
berikut gambar2 yang boleh dikongsi bersama...tapi banyak gambo dah hilang...nie je yang dapat diselamatkan..sedih seh...
Majlis Berbuka Puasa ex-Form 5 STP 05
Alhamdulillah..akhirnya selesailah Majlis Berbuka Puasa yang diadakan di Medan Ikan Bakar Umbai Merlimau Melaka..Setelah penat diatur dan diuruskan oleh saudara Khalil atau lebih mesra dengan panggilan K0-e majlis tersebut telah berjalan dengan lancar walaupun pelbagai tragedi yang berlaku..Majlis tersebut telah dihadiri oleh seramai lebih kurang 35 orang (kalo tak silap)..penuh dan gamat suasana di Medan Ikan Bakar tersebut..sebenarnya jujur dihati nak beritahu,datang majlis tue bukan nak makan sangat pon..cuma rindu nak jumpa kawan-kawan lama..borak-borak..tengok perubahan fizikal (hahaa)..ada yang maintain,ada yang cute dan macam-macam lagi la..pendek kata majlis tersebut memang meriah dan seronok sangat2..Majlis tersebut bukan sahaja dihadiri oleh bekas pelajar tingkatan 5,2005 sahaja,tapi turut dihadiri oleh bekas pelajar tingkatan 3 iaitu saudara Umar Aswad dan saudara Reza..yang penting tali silaturrahim antara kita semua akan berkekalan buat selama-lamanya InsyaAllah..Terima Kasih kepada saudara K0-e diatas layanan serta sesiapa sahaja yang terlibat dalam majilis tersebut secara langsung atau tidak langsung...
u/p semua kawan-kawan yang hadir : saya ingin menyampaikan salam dari Ustaz Mat Nawi dan Ustazah Surina kepada semua bekas pelajar yang menjayakan Majlis Berbuka Puasa tersebut.
nie ada la sikit gambo...tapi nak yang lebih banyak tengok kat dalam blog kelas k..
Thursday, September 25, 2008
Salam Aidilfitri
Seperti yang kita sedia maklum, tirai Ramadhan Al-Mubarak hampir berlabuh. Jika ditambah dan ditolak tinggal lima hari lagi untuk kita menyambut kedatangan Syawal yang dinantikan hampir seluruh umat islam di Malaysia dan kawasan yang seangkatan dengannya. Oleh itu, janganlah kita leka dengan sambutan hari raya sahaja sehingga melupakan malam-malam terakhir yang hanya datang setahun sekali iaitu malam Lailatulqadar..semoga kita sama-sama mendapat manfaat pada malam-malam terakhir ini..insyaAllah..
Di kesempatan ini, ingin saya memohon maaf yang tidak terhingga kepada semua yang mengenali diri ini dari mula lahir hinggalah ke alam pekerjaan ini.Terutama junior-junior dan senior-senior yang mengenali saya semasa di Sekolah Menengah Kebangsaan Tun Perak Jasin Melaka jika ada kekasaran dari segi fizikal atau mental yang menyakitkan rohani atau jasmani anda.Halalkanlah makan dan minum sepanjang saya bergelar pelajar di SMK Tun Perak. Kepada Mak Cik Ani (makcik kantin) halalkanlah juga makan dan minum saya. Saya rindukan mee bandung Cik Ani.
Kepada kawan-kawan yang dikenali ditempat kerja terutama di hub halal, halalkanlah juga makan dan minum sepanjang sessi pengenalan kita.(HDC mengucapkan selamat berbuka puasa 'halalan thoyiba')semoga kita berjumpa lagi. Kepada mama Iffah dan family saya doakan kalian semoga cepat sembuh.Tidak lupa juga kepada semua staf di bahagian Keurusetiaan & Perhubungan Antarabangsa ampun dipinta jika ada gurauan saya yang menyinggung jiwa dan minda anda semua tapi yang penting kerja dalam keadaan yang ceria baru MERIAH.
Akhir kata dari saya Selamat Menyambut Hari Raya Aidilfitri. Maaf Zahir & Batin.
Raya jemputlah ke rumah.
Sekian,
Asslamualikum Warahmatullah Wabarakatuh....
Sunday, September 21, 2008
LeLAki sEjATi
Ada Seorang anak perempuan bertanya kepada ibunya… , “Bagaimanakah
lelaki sejati ?Ibu nya kemudian menjawab,
Nak…
Laki-laki sejati bukanlah dilihat dari
bahunya yang kekar, tetapi dari kasih
sayangnya pada orang di sekitarnya…
Laki-laki sejati bukanlah dilihat dari
suaranya yang lantang, tetapi dari
kelembutannya mengatakan kebenaran…
Laki-laki sejati bukanlah dilihat dari
jumlah sahabat di sekitarnya, tetapi
dari sikap bersahabatnya pada generasi
muda bangsa…
Laki-laki sejati bukanlah dilihat dari
bagaimana dia di hormati ditempat
bekerja, tetapi bagaimana dia dihormati
didalam rumah…
Laki-laki sejati bukanlah dilihat dari
kerasnya pukulan, tetapi dari sikap
bijaknya memahami persoalan…
Laki-laki sejati bukanlah dilihat dari
dadanya yang bidang, tetapi dari hati
yang ada dibalik itu…
Laki-laki sejati bukanlah dilihat dari
banyaknya wanita yang memuja, tetapi
komitmennya terhadap wanita yang
dicintainya…
Laki-laki sejati bukanlah dilihat dari
jumlah tanggungjawab
yang dibebankan, tetapi dari tabahnya
dia menghadapi
liku-liku kehidupan…
Laki-laki sejati bukanlah dilihat dari
rajinnya membaca kitab suci, tetapi dari
konsistennya dia menjalankan apa yang ia
baca…
Wednesday, September 17, 2008
nUZuL qUraN...
YANG PENTING BULAN POSE NIE KEJE TAK BERAPA BANYAK LAA...CUMA MASING2 SIBUK MENYIAPKAN 'LO' YAKNI PESANAN KERAJAAN UTK BEBERAPA PROGRAM YG AKAN BERLANSUNG PAS RAYE NIE UNTIL THE END OF THE YEAR...
MACAM AKU KENE ADJUST UTK PERSIDANGAN KETUA JABATAN (PKJ). BLN 11 NANTI...SO EVERYTHING SETAKAT NIE UNDER CONTROL...BOS AKU LAK TAKDE BERCUTI EMERGENCY COZ KEGUGURAN...TULA RENYAH SGT...ANYWAY TAKZIAH LA...SEMOGA CEPAT SEMBUH...
SO CMNE NGAN PERSIAPAN RAYE KORANG SEMUA...MCM AK NIE LOM LG BLI BAJU GAYE LG...MAYBE AK TAK RAYE SGT KOT TAHUN NIE...YELA AYAH AKU XDE KAN...SO KURG MERIAH LA BEB...SEDIH PON ADE GAK..BUT LIFE MUST GO ON KN...
SEBENO NYE XSABO2 NK GI GATHRNG NANTI..JMPE KENGKWN LAME KN....ADUHAI..XSABO RASENYE...
SO SALAM RAMADHAN AL MUBARAK LAA BUAT SEMUA PENGUNJUNG BLOG AKU YG TAK BERAPA NAK LAWA NIEKN..HU3...AMPUN MAAF DIPINTA DARI HUJUNG RAMBUT SAMPAI HUJUNG KAKI JIKA ADE SEBARANG KESILAPAN SEPANJANG SESSI PENGENALAN KITA YE......
SEKIAN..
WASALAMUALAIKUM WARAHMATULLAH WABARAKATUH.....
Friday, September 12, 2008
$@#@B@T
kau mengukir senyuman di kamar hati
damainya hati yang gundah ini
melihat dikau di kala ini
kau sambut bahgia tali persahabatan
jalin persaudaraan sesama kita
ikatan murni yang berpanjangan
takkan dilupa hingga selamanya
namun kini masa pun beredar
memaksa perpisahan antara kita
takkan ku lupa teman seperjuangan
yang pernah bertaut dan korbankan jiwa
Thursday, September 4, 2008
gEnaP SeTaHun......
SEJAK PEMERGIAN AYAH,AKU BANYAK BERKORBAN UNTUK KELUARGA..NAK KATE ABG2 AKU TAK BERKORBAN,TAK LA JUGA..TP MASING2 SUKE WAT HAL MASING2,SIBUK NGAN FAMILY MASING2..YELA SEMUA ADE ANAK DAN BINI..TAPI SATU JE NASIHAT AKU..TANGGUNGJAWAB ANAK LELAKI NGAN KELUARGA TIDAK AKAN TERPUTUS SAMPAI BILE..CUMA MAUT JE BOLEH MEMISAHKANNYA...BKANNYE NAK CAKAP DIRI AKU NIE BAGUS..TAPI CUMA NAK LUAHKAN JE..KALO DISIMPAN BOLEH JADI BEBAN BAGI AKU..
ANYWAY AKU NAK UCAPKAN TERIMA KASIH BANYAK2 PADA CIKGU2 YANG TELAH MENDIDIK AKU DARI TADIKA HINGGA AKU MENAMATKAN PELAJARAN AKU DI SMK TUN PERAK..TANPA KALIAN AKU TAKKAN BERADA DI JAKIM NI..SEMOGA HIDUP KALIAN SEMUA DIBERKATI DAN DIRAHMATI OLEH ALLAH...AMEEN..
KEPADA KAWAN2 YANG AKAN ATAU TENGAH SAMBUNG STUDY DIMANA2 JUA ANDA BERADA..DOAKU SEMOGA KALIAN SIHAT DAN SUCCES SLALOO...TERUSKAN PERJUANGAN KALIAN SEMUA DALAM MENGEJAR CITA2 K..
OKLA..FINISH....SEMOGA JUMPE DI LAIN POST PLAK K...
ASSALAMUALAIKUM WARAHMATULLAH WABARAKATUH....
Wednesday, September 3, 2008
LaMe tAk UpdaTE
AKU MULA BZ 08-08-2008....ORANG CINA ANGGAP TARIKH NIE 'ONG'..TP AKU KENE JADI URUSETIA PROGRAM TAHSIN AL-QURAN UNTUK QARI DAN QARIAH ANTARABANGSA YANG DIADAKAN LEBIH KURANG SEMINGGU DI EMPRESS HOTEL KT SEPANG...SO BERMACAM JENIS ORANG YANG AKU JUMPE..ADE DARI NEGARA YANG AKU TAK PERNAH DENGAR PON ADE...CONTOH NEGARA YANG TERLIBAT IALAH BURKINA PASO, MALI, TOGO, BOSNIA, KOSOVO, UKRAINE, UZBEKISTAN, CHINA,INDIA, PAKISTAN, AFRIKA SELATAN, TIMO LESTE, DAN MACAM-MACAM LAGI LA...TP TAK SEMUA PESERTA TILAWAH ANTARABANGSA YANG TERLIBAT..PROGRAM NIE DIADAKAN BERTUJUAN UNTUK MEMBERI SALAM PENGENALAN MENGENAI LAGU-LAGU TARANUM KEPADA PESERTA YAMG MAJORITINYA DIPOLOPORI OLEH NEGARA-NEGARA AFRIKA SELATAN...
YANG BAGUSNYA DIAORANG MAJORITINYA DAH HAFAL AL-QURAN...CUMA DIAORG TAK TAW SELOK-BELOK TARANUM DAN SISTEM PEMARKAHAN..TUE YANG PROGRAM NIE DIWUJUDKAN...TP NEGARA2 YANG BIJAK PANDAI TIDAK DIJEMPUT HADIR..BUKAN DIKRIMINASI...TAPI KITA UTAMAKAN NEGARA2 YANG TIADA TENAGA PENGAJAR YANG MAHIR...
YANG LETIHNYE, SEPANJANG PROGRAM BERLAGSUNG DARI MULA SAMPAI HABIS AKU TAK PUTUS2 DGN PELBAGAI PERSOALAN YANG DIAJUKAN OLEH 'POK SHEH2' DAN 'MOK SHEH' ADA YANG AKU FAHAM DAN ADA YANG AKU TAK FAHAM...MAJORITI CAKAP ARABIC...KALO SLENG YANG AKU FHM TAKPE..NIE SLENG YANG AKU TAK FHM...AKU PON BEDAL JELAA CKP BI + ARAB....SEBAB ADE SORANG YANG FHM BI..SO AKU PON DGN BROKEN NYER BERCKP LAH UTK BERINTERAKSI....TAPI KESELURUHAN PROGRAM BESH SGT2...NIE ADE GAMBO YANG AKU NK KONGSI NGAN KORUNG UNTUK TATAPAN KORUNG....


S@LaM kEMErDeKAaN dAN sALAm RaMaDHan
DI KESEMPATAN INI INGIN SAYA MENGUCAPKAN SELAMAT MENYAMBUT KEMERDEKAAN YANG KE-51 KEPADA SEMUA DAN SALAM RAMADHAN AL-MUBARAK UNTUK PENGUNJUNG YANG BERAGAMA ISLAM...
DIHARAP SEBARANG KEKHILAFAN YANG TELAH DILAKUKAN OLEH SAYA DENGAN SENGAJA ATAU TIDAK SENGAJA DIMAAFKANLAH DENGAN SEIKHLAS-IKHLASNYA...HALALKANLAH MAKAN DAN MINUM SAYA JIKA ADA YANG TERAMBIL YANG TIDAK DISENGAJAKAN OLEH SAYA...SEMOGA BARAKAH BULAN RAMADHAN DAPATLAH KITA RASAI BERSAMA-SAMA...
AKHIR KATA DARI SAYA PENUHILAH BULAN RAMADHAN KALI INI DENGAN AMALAN MAHMUDAH SERTA LATIHLAH DIRI DENGAN MENGHINDARI MAZMUMAH...INSYAALLAH KEHIDUPAN KITA LEBIH BERKUALITI....
Wednesday, August 6, 2008
b0riNk nYeRrr.....
Lama gak aku tak update...bl0m ada meja lagi...so smlm dh dapt meja yang
lengkap...baru leh update blog aku ye tak??
Nie aku nak cer cikit pengalaman kat tempat baru...boring seh...maybe aku blom biase kot ngan suasana kat sini agaknya....suasana kat bahagian baru aku nie berbeda dgn suasana kat halal dlu..takde p0n yg macam kak eilda,ina,min,biq,n semua la staff yang ade kt halal dlu...
Ermmm..macam2..yang stay kat halal p0n ade masalah...yg tak stay kat halal pon
ade masalah...ape boleh buat hakikat kehidupan...suka,duka,masam,manis,pahit,tawar,masin,
semua tue'Rencah Kehidupan' kite kene hadapi gak walupun taknak ke...nak ke...kena gak
terima...aku anggapkan semua masalah samada baik ke buruk ke semua nya ujian
dari Allah..maybeada something yang kita buat Allah tak suka..so die beri peringatan
Ape yang mampu kita lakukan sebagai khalifah kat bumi Allah yang sementara nie adalah berusaha sehabis yang mungkin..after that berdoa pada Allah minta yang baik dan jauhkan segala kemudaratan and then tawakal...semoga kita mendapat pahala pada setiap perbuatan kita
Nasihat nie untuk reminder kita semua terutama nya aku yang kadang2 lupa nie..Almaklum laa baru mencecah umor 20 tahun kan..nie baru cikit dugaan...entah macam mana lah dugaan yang mendatang plak..mintak lah yang baek aje...anyway nak ucapkan terima kasih banyak2 pada yang wish besday kat aku...kawan2...ble gak ah kite boleh jumpe yer...yang kasi kad p0n ade..terima kasih En. Mazni bin Yahya...
Lastly Ya Allah...cepatkanlah aku untuk menyesuaikan diri aku di tempat baru nie agar akauntabiliti aku tidak terjejas ya Allah...Ameennn
Assalamualaikum w.b.t....
Tuesday, July 29, 2008
cerita kat tempat baru!!!
Friday, July 25, 2008
Lafaz Yang Tersimpan
Luluh hatiku yang sayu
Menatap wajahmu, tenang dalam lena,
Kasih ku zahirkan laku
Sedangkan bibirku jauh dari lafaznya
dan raut tuamu memberkas jiwaku
meredakan rindu mendamaikan kalbu
tak mungkin ku temu iras sentuhanmu
biarpun ku redah seluruh dunia
mencari gantimu..oooo
Bertapa sukarnya, menyusun bicara
Meluahkan rasa,menuturkan sayang
Kasih yang terlimpah,hanyalah sekadar tingkah
cuma ungkapan kebisuan yang melindungkan kalimah rahsia
Masih kubiarkan waktu,
melarikan lafaz
kasihku padamu...
Mengapakah sukar,menyusun bicara
Meluahkan rasa,menuturkan sayang,
Kasih yang terlimpah hanyalah sekadar tingkah
Cumalah ungkapan bisu kalimah rahsia
Apakah yang hilang,andai dilisankan
Bait penghargaan,penuh kejujuran
Tak mungkin terlihat,cinta yang merona
Jika hanya renungan mata yang bersuara
Bukan atur kata...
Tiada lagi ertinya pengucapan
Andai akhir nafas dihujung helaan
Sebelum mata rapat terpejam
Usah biar kehilangan
Mengantikan lafaz yang tersimpan.....
Thursday, July 24, 2008
Alhamdulillah...Settle Gak Surat Penempatanku...
Aku ditempatkan ke bahagian Keurusetiaan dan Perhubungan Antarabangsa..Aku harapkan semoga di tempat baru nie nanti...semuanya berjalan lancar...harap sangat2 pegawai kat bahagian tue baik2 dan bersifat terbuka macam kat bahagian halal nie..
Sebenarnya hati aku sedih nak meninggalkan bahagian yang sedia ada nie(halal) tapi bila dah beralih kuasa nie,terpaksa akur la..tak sampai pon setahun aku menuntut ilmu di bahagian ni..sedih wei...
kepada frendz2 yang stay kerana terpaksa atau sukarela..adik mus (alamaklum laa aku kan masih awet muda lagi..ahakzz) harapkan semoga kakak2 dan abang2 semua sucsess laa k dalam perjuangan kalian..jasa baik kalian tidak dapat saya balasi...excpeclly Pegawai PTM(Pegawai Teknologi Makanan) Kak Eida,Kak Elen,Kak Min,Kak Iffah,Kak Yana,Kak Biq,Kak Safura,Kak Wan,Kak Afaf,Kak Dida,Kak Asah,Kak Nurul,En. Sazly,En Jo,En. Naim,En. Din dan semua laaa yang stay..tak dapat nak tulis satu...sori haaa.
mesti semua pelik kenapa ramai kak dari en...ini kerana ramai awekzz kat bhg halal nie...tu yang buatkan aku sayang nak tinggalkan halal tue..huhuhu...tapi yang penting walaupun kite baru je berkenalan,bl0m sampai p0n setahun...tapi semuanya sporting...saya mesti rindu gelak kak eda,elen,yana,mama iffah(dah jadi bos skang),dan kak min...sebab nyer 5 serangkai nie laa yang aku paling rapat sekali...sebab bekerja di bawah satu cawangan...pesanku kepada kakak eda ...jangan kasi muka sama itu orang k...kasi die kerja berat2 k...expcly ex-bosh saya..huhu
Moga2 perkenalan kita tidak sampai di sini saja...kepada semua pegawai PTM yang tak disebutkan namanya tue sori laa yerrr....semoga staf2 kat bahagian baru aku nanti sporting2 laa hendaknya...jangan lak ade yang skema...k...lastly adik mus doakan agar semuanya bahagia di dunia dan akhirat...
Saturday, July 19, 2008
hiLaNg LaGiii
aku tengah serabut gila+sedih nie..mane tak nyer hari jumaat minggu lepas Handset aku hilang sampai sekarang tak jumpa...habis semua nombor hilang...nak mengeluh tak elok..tapi sedihlaa... barang kesayangan aku hilangggg..
aku baru nak seronok2 pasal dapat gak keputusan perpindahan..lama gak menunggu...finally ade gak la keputusannya...aku harapkan dapatlah bahagian yang hepi macam bahagian Hub Halal nie...dah la sedih pasal nak tinggalkn kengkawan kat cinie....tup2 HP lak hilang...TOLONG LAAAAA........serabut giler nie....aku dah macam mati bini dah nie...no hp semua kawan2 ngan family lesap..xde backup lak tue....nasib laa ade seteng2 no aku hafal...
kepada kengkawan sudi2kanlah send kn no hp kt no lame aku k...
Thursday, July 17, 2008
SeEdiiiihHHnYEe
ape kaba?hope korunk sihat la k..untuk post kali nie aku nak citer ckt nie..member2 aku semua dah dapat penempatan..aku still menanti buah strawberi yang takkan gugur...
yelaa...puas dah aku tunggu penempatan aku nie...aku harap biarlah dalam bangunan JAKIM je..aku xnak kuar jauh2 laa..blom ready lagi ar...doakanlahh aku k..
Tuesday, July 15, 2008
BOriNg nYerrr
Lebih kurang seminggu lebih dah aku menginap kat umah baru..rasa hepi tak lah sangat tapi rase bersyukur dapat rasa hidup berdikari yang lebih mencabar..bukan pe semua nak kene uruskan 'Alone' ..pengurusan diri,kewangan,semualah kene urus sendiri..Alhamdulillah setakat nie semuanya under control...pasal isu air xde semalam tue, semuanya kembali pulih..rupanya bekalan elektrik pada bilik pam terputus..Almaklumlaa umah baru..macam2 'cobaan'..emm pasal isu borink kali ni bukan ape..yelaa umah bujang..blom ade tv lagi..radio pon jauh sekali..tu yang borink gilerrr tue..tapi semuanyer kembali aman sebab pe..housmate aku baru beli laptop..so bley le 'lenjan' laptop diee..yelaa nak uji laptop baru punye ketahanan..ekekeke..pape pOn umah dah tak sunyi lagi..setiap malam layan cd..sampai dah habis dah stok cd..bukan cd ZZZZ k..think + ..sampai dh xtaw nak tgk citer ape..last2 bkak je lagu n melalak laa...sampai rase ngantuk..pastu tido..hahaha.. tula aktiviti aku sementara nak tunggu hujung bulan...faham2 laa...k ar sampai sini jelaa...kalo aku rajin jumpe lagi esok..
Salam...Abe Mus
Monday, July 14, 2008
AIR TAKDE!!!!!
em rase nyer sampai sini laa dlu yerr...jumpe laie...
salam dari....Abe Mus
Wednesday, June 25, 2008
Pameran sehari bersama jemaah di masjid putrajaya
PADA HARI SABTU YANG LEPAS,AKU TERLIBAT NGAN PAMERAN SEHARI BERSAMA JEMAAH YANG DIADAKAN DI MASJID PUTRA,PUTRAJAYA..BNYAK AGENSI TERLIBAT..MCM BIASA AKU JAGE BOOTH HALAL,JAKIM..RASE MACAM PAMERAN HALAL YANG TERAKHIR..YELA PASNI HALAL DAH X DILETAKKAN DI BAWAH JAKIM LAGI..ADE AGENSI SWASTA YG AMBIL ALIH HALAL NIE...NK WAT CMNEKN DAH SERUAN KERAJAAN..YG TERLETAK DI BAWAH PIMPINAN PAK LAH LAK TUE..AKUR SAJALAH..SO ADE SIKT GAMBO SEKITAR PAMERAN..
SHAIFUL TGH BERI PENERANGAN..y02O JEW..



TENGAH SUSUN HANDOUT YANG BLEY DIAMBIL..SEMUANYA FREE..
NI LAA HASILNYAA...
NI LAH HASIL KESELURUHANNYA..TN. HJ ANAN b. C. MOHD & ISTERI..
ANTARA AKTIVITI YANG DIADAKAN SEPANJANG PROGRAM BERLANGSUNGTU SAJA LAH UNTUK TATAPAN KALIAN..TNGGU LAH DI LAEN WAKTU LAK K....
SALAMMMMMM...
Sunday, June 15, 2008
TERASA RAJIN LA PLAK....
SALAMM..
Saturday, June 14, 2008
GENAP 75 HARI AYAH PERGI MENINGGALKAN AKU SEKELUARGA.....
ASSALAMUALAIKUM W.B.T....










