Wednesday, October 8, 2008

Majlis Berbuka Puasa ex-Form 5 STP 05

Assalamualaikum...

Alhamdulillah..akhirnya selesailah Majlis Berbuka Puasa yang diadakan di Medan Ikan Bakar Umbai Merlimau Melaka..Setelah penat diatur dan diuruskan oleh saudara Khalil atau lebih mesra dengan panggilan K0-e majlis tersebut telah berjalan dengan lancar walaupun pelbagai tragedi yang berlaku..Majlis tersebut telah dihadiri oleh seramai lebih kurang 35 orang (kalo tak silap)..penuh dan gamat suasana di Medan Ikan Bakar tersebut..sebenarnya jujur dihati nak beritahu,datang majlis tue bukan nak makan sangat pon..cuma rindu nak jumpa kawan-kawan lama..borak-borak..tengok perubahan fizikal (hahaa)..ada yang maintain,ada yang cute dan macam-macam lagi la..pendek kata majlis tersebut memang meriah dan seronok sangat2..Majlis tersebut bukan sahaja dihadiri oleh bekas pelajar tingkatan 5,2005 sahaja,tapi turut dihadiri oleh bekas pelajar tingkatan 3 iaitu saudara Umar Aswad dan saudara Reza..yang penting tali silaturrahim antara kita semua akan berkekalan buat selama-lamanya InsyaAllah..Terima Kasih kepada saudara K0-e diatas layanan serta sesiapa sahaja yang terlibat dalam majilis tersebut secara langsung atau tidak langsung...
u/p semua kawan-kawan yang hadir : saya ingin menyampaikan salam dari Ustaz Mat Nawi dan Ustazah Surina kepada semua bekas pelajar yang menjayakan Majlis Berbuka Puasa tersebut.

nie ada la sikit gambo...tapi nak yang lebih banyak tengok kat dalam blog kelas k..














No comments:

Post a Comment