Friday, October 31, 2008

Kursus Pengatucaraan,Protokol, & Etiket Sosial

Assalamualaikum w.b.t & Salam Sejahtera semua

Errmmm...dah hampir seminggu tak update blog...baru balik berkursus haritu...pastu sambung ngan cuti raya Deepavali...Oh ya..Happy Deepavali la yer...seperti yang saya janjikan,saya nak berkongsi pengalaman menarik menyertai Kursus Protokol nie..semua kene protokol..bukan setakat makan je ade protokol..tapi cara duduk,bersembang,naik kenderaan pon ade protokolnya..almaklum laaa...protokol la katekan...

Kursus ini dianjurkan oleh bahagian Keurusetiaan & Perhubungan Antarabangsa dengan kerjasama Intan (Institut Tabiran Awam Negara) Cawangan Bukit Kiara & Jabatan Perdana Menteri...Kursus ini diadakan selama 5 hari 4 malam bertempat di Hotel Seri Malaysia Genting Highlands..

Pelbagai aktiviti yang telah dilakukan sepanjang tempoh kursus ini berlangsung..antaranya Tertib menghadiri majlis, tertib di meja makan, simulasi makan beradab, peranan penyambut tetamu, imej dan keterampilan diri, pengaturcaraan majlis, protokol dalam pengurusan majlis rasmi, susunan keutamaan panggilan hormat anugerah darjah kebesaran,susunan tempat duduk & bendera,dan peranan pegawai pengiring..

dipendekkan cerita semuanya "Protokol"......

semua gambo kat bawah ni adalah simulasi makan beradab...ia diguna pakai ketika menghadiri makan malam "Fine Dining" bersama orang kenamaan...yang satu sut hijau tue la fasilitator kami "Puan Siti"....memang penuh dengan protokolnya...huhh..




begitulah pengalamannya..nak ikutkan banyak lagi gambo nak letak..tapi tak berkesempatan la...tunggulah gambar jelajah saya kat Genting Highlands nanti yer...

salam..

out~

No comments:

Post a Comment