Friday, October 31, 2008

Kursus Pengatucaraan,Protokol, & Etiket Sosial

Assalamualaikum w.b.t & Salam Sejahtera semua

Errmmm...dah hampir seminggu tak update blog...baru balik berkursus haritu...pastu sambung ngan cuti raya Deepavali...Oh ya..Happy Deepavali la yer...seperti yang saya janjikan,saya nak berkongsi pengalaman menarik menyertai Kursus Protokol nie..semua kene protokol..bukan setakat makan je ade protokol..tapi cara duduk,bersembang,naik kenderaan pon ade protokolnya..almaklum laaa...protokol la katekan...

Kursus ini dianjurkan oleh bahagian Keurusetiaan & Perhubungan Antarabangsa dengan kerjasama Intan (Institut Tabiran Awam Negara) Cawangan Bukit Kiara & Jabatan Perdana Menteri...Kursus ini diadakan selama 5 hari 4 malam bertempat di Hotel Seri Malaysia Genting Highlands..

Pelbagai aktiviti yang telah dilakukan sepanjang tempoh kursus ini berlangsung..antaranya Tertib menghadiri majlis, tertib di meja makan, simulasi makan beradab, peranan penyambut tetamu, imej dan keterampilan diri, pengaturcaraan majlis, protokol dalam pengurusan majlis rasmi, susunan keutamaan panggilan hormat anugerah darjah kebesaran,susunan tempat duduk & bendera,dan peranan pegawai pengiring..

dipendekkan cerita semuanya "Protokol"......

semua gambo kat bawah ni adalah simulasi makan beradab...ia diguna pakai ketika menghadiri makan malam "Fine Dining" bersama orang kenamaan...yang satu sut hijau tue la fasilitator kami "Puan Siti"....memang penuh dengan protokolnya...huhh..




begitulah pengalamannya..nak ikutkan banyak lagi gambo nak letak..tapi tak berkesempatan la...tunggulah gambar jelajah saya kat Genting Highlands nanti yer...

salam..

out~

Saturday, October 18, 2008

Jamuan Hari Raya JAKIM

Assalamualaikum semua...

Bersua lagi...baru semalam post berita pasal Jamuan Hari Raya bhg UA..skang plak nak citer pasal jamuan raya JAKIM plak yang berlangsung semalam lepas sembahyang jumaat..bukan pe minggu depan ade kursus laa...seminggu plak tue...so pas tue cuti deepavali plak kan...emm paham2 jelaa...



Seperti biasa..Majlis besar2 nie mesti dihadiri oleh orang yang besar2..that mean orang kenamaan..macam JAKIM nie Menteri yang menaunginya adalah Dato' Seri Ahmad Zahid Hamidi..Ketibaan beliau diiringi oleh Dato' Ketua Pengarah JAKIM serta Timbalan Ketua Pengarah Pengurusan & Operasi serta Dif2 Jemputan yang lain...

Majlis macam biasa dimulakan dengan bacaan doa oleh Ustaz Zakaria yang merangkap pengerusi majlis setelah selesai jamuan pon dimulakan...sambil semua sedang enak menjamu selera, mereka dihiburkan oleh persembahan nasyid dari Kumpulan D-GWa yang merupakan Kumpulan Nasyid JAKIM yang diketuai oleh saudara Faizalizuan..



Pelbagai juadah yang disediakan...yang paling mendapat kunjungan hebat adalah gerai 'Sate Kajang' yang dikelolakan oleh bhg Pentadbiran & Kewangan JAKIM..Selain tu, ada juga makanan dari pantai timur iaitu 'Laksam'..bhg Lepai & Latihan JAKIM pula menyediakan 'Mee Hoon Soto'..'Nasi Beriani' pon ada...konti 'Buah-Buahan' pon ada gak..yela nak gak pencuci mulutkan...bhg Mep & Ict plak sediakan macam2 jenis air...(macam-macam ada)..sebenarnya banyak lagi menu tapi bila pergi semua menu kebanyakkannya dah habis..yelaa kita nyanyi...dieorg makan..so habis nyanyi 5 lagu baru ade masa nak round2...sampai2 je ada yang dah habis...tapi yang penting sate ade lagi...pe bley buatkan...




Dato' Seri sempat juga melawat gerai2 yang ade...beliau diiringi macam biasa oleh Dato' KP,TKP(P)&TKP(O)...



berikut adalah gambar2 wajah2 ceria ada..penat pon ade..yang penat tue ade dua maksud..satu penat layan orang..satu lagi penat makan..hahaha...papepon jamuan nie besh sangat2...kenyang perot ku...tapi makan sate 10 cucuk+Laksam 4 keping(sebenarnya tak cukup sikit sangat..tapi ape bley buatkan)+mee hoon sop+air secawan...tue jela laa...nak makan berat sangat kenyang la plakkan..kene jaga berat badan...takut naik..huhuhu












Begitulah kemeriahan Jamuan Hari Raya JAKIM yang dapat dikongsikan bersama pengunjung blog saya...Semoga berjumpa lagi..minggu depan saya takde...ade kursus seminggu kat genting..so jmpe lepas deepavali k..jangan lupa tinggalkan komen anda k...

gambar sumber dari : PRO JAKIM..

out~~~
salam

Friday, October 17, 2008

Sambutan Hari Raya Bahagian Keurusetiaan & Perhubungan Antarabangsa

Assalamualaikum semua....


Semalam ada sambutan Hari Raya di Bahagian UA (urusetia antarabangsa)...Majlis tersebut bersempena dengan Majlis Perpisahan pegawai-pegawai yang pernah berkhidmat di Bahagia UA ni..
Majlis tersebut dihadiri oleh satf2 bhg UA serta bekas2 staf UA..ada juga dari bhg yg lain yang turut serta tetapi tak la ramai..sekadar menghabiskan rezeki yang ada...


Gambar di bawah ni pulak group VIP serta Pegawai yang dirai En. Toantowee yang bertugas di Pejabat Daerah & Tanah di Pahang serta Pn. Liza yang bertukar ke Jabatan Perdana Menteri..yang gelak sakan tu KPP aku..Nama die Tn. Hj. Awang Khalid bin Mat Ali serta disebelah kanan die adalah Pengarah di UA ni..Namanya Tn. Hj. Mohd Yusop bin Hasan..serta pegawai2 kanan di UA nie...


Majlis macam biasa dimulakan dengan bacaan doa oleh En. Shahriman serta disusuli dengan ucapan Alu-aluan oleh Ustaz Abdul Karim selaku Pengerusi Kelab Kebajikan UA..seterusnya majlis diteruskan dengan ucapan oleh Pegawai2 yang dirai yang telah dimulakan dengan En. Toantowee seterusnya Pn. Liza..Setelah selesai majlis diteruskan dengan ucapan oleh En. Abdul Hamid b. Hj. Abd Samad selaku KPP UA1 mewakili pengarah..


Majlis diteruskan dengan Penyampaian Cenderamata kepada pegawai yg dirai serta staf2 yang menyambut hari lahir..meriah2..yang penting aku pon dapat sekali..jgn mara...




Seterusnya macam biasa laa..pas semua dah selesai acara yang paling dinantikan adalah makan...ape lagi yang nak ditunggukn...hahaha..sessi makan nie bukan saja untuk orang UA saja tapi turut dikongsi oleh bahagian lain yang berdekatan...almaklum laa..nak mengelakkan pembaziran...menu besar telah dimasak oleh D'Anese Caterer...iaitu nasi beriani serta soto..memang masyuk...selain tue juadah sapingan yang telah dibawa oleh staf2 UA seperti ayam golek+pulut kuning,kek lapis sarawak,rendang ayam,lemang,kuih-muih,koktail,sate kajang,dan aneka buah-buahan yang telah disponsor oleh staf2 UA...thank to you all...

em...selesai lah majlis tersebut..Alhamdulillah ape yang dirancang berjalan dengan lancar...tak lupe pada jurufoto yang sabar mengambil gambar kami...thank a lot en. mizie...yang sebelah tue nak gak inteprem gak kan...hahahah





out~~~
Salam...