Friday, June 19, 2009

Kumpulan DG-WA Johan Festival Nasyid Peringkat Kementerian 2009

Kumpulan Nasyid DG-WA dari Jakim yang mewakili Jabatan Perdana Menteri (JPM) telah berjaya mendapat tempat pertama dalam Festival Nasyid Peringkat Kementerian sempena Ma’al Hijrah 1430H/2009M. Festival tersebut telah diadakan pada 9 dan 10 Jun 2009 bertempat di Auditorium Blok B1, Parcel B, Putrajaya.


Sebanyak 11 kumpulan telah menyertai festival ini yang mewakili pelbagai kementerian. Setelah melalui sesi saringan yang diadakan pada 9 Jun 2009, hanya 5 kumpulan yang dipilih untuk ke peringkat akhir diadakan pada 10 Jun 2009.


Y.B Mejar Jeneral Dato’ Jamil Khir bin Hj Baharom (B), Menteri Di Jabatan Perdana Menteri telah hadir merasmikan festival nasyid tersebut. Dalam ucapan perasmiannya beliau melahirkan rasa bangga dan gembira di atas penyertaan yang menggalakkan daripada Kementerian-kementerian dan berharap agar nasyid akan menjadi salah satu medium dakwah yang pratikal dan berkesan kepada masyarakat.

Antara kementerian yang menyertai festival pada kali ini ialah Jabatan Perdana Menteri, Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Kementerian Kesihatan, Kementerian Pertahanan, Kementerian Pengajian Tinggi, Kementerian Pembangunan Wanita, keluarga dan Masyarakat dan Kementerian Kerja Raya.


Kumpulan DG-WA yang mewakili JPM dengan lagunya ‘Satu Iltizam’ telah mendapat tempat pertama dan membawa pulang hadiah wang tunai RM 3,000, piala iringan dan sijil penyertaan. Manakala Naib Johan pula disandang oleh kumpulan Nurani dari Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, yang membawa pulang hadiah wang tunai RM 2,000, piala iringan dan sijil penyertaan, dan tempat ketiga pula menjadi milik kumpulan al-Taqwa yang mewakili JPM, mendapat wang tunai RM 1,000, piala iringan dan sijil penyertaan.

Y.Bhg. Dato’ Haji Wan Muhamad bin Dato’ Sheikh Abd Aziz, Ketua Pengarah Jakim yang hadir sama dalam majlis tersebut telah dijemput untuk menerima hadiah kemenangan bagi kejayaan kumpulan DG-WA.

Festival tersebut turut dihadiri oleh Ketua-Ketua Setiausaha Kementerian, Timbalan Ketua Setiausaha, Ketua-Ketua Jabatan serta Pegawai-Pegawai dan Kakitangan Kementerian/Jabatan.

Tarikh : 18 Jun 2009
Sumber : Pengarah Bahagian Perkhidmatan ICT
Editor : PRO JAKIM

Tuesday, May 19, 2009

Jakim Naib Johan Festival Nasyid Peringkat JPM 2009


Jakim Naib Johan Festival Nasyid Peringkat JPM 2009



Kemarau penantian selama tiga tahun akhirnya berakhir apabila kumpulan nasyid DG-WA yang mewakili Jakim telah mendapat Naib Johan dalam Festival Nasyid Peringkat Jabatan Perdana Menteri (JPM) Sempena Maal Hijrah 1430H/2009M, setelah kali terakhir mendapat tempat di festival tersebut pada tahun 2006.


Festival yang diadakan pada 30 April 2009 di Auditorium Blok B1, Kompleks JPM, Putrajaya itu telah dirasmikan oleh Y.Bhg. Dato’ Zainol bin Othman, Timbalan Ketua Setiausaha Kanan,Jabatan Perdana Menteri. Festival kali ini dianggap meriah dan sengit sekali kerana telah disertai sebanyak 20 buah kumpulan nasyid yang mewakili agensi-agensi di bawah JPM.


Johan pada tahun ini sandang oleh kumpulan yang mewakili unit ICU, JPM dan membawa pulang wang tunai RM1500.00, piala iringan dan sijil penyertaan. Manakala pasukan nasyid Jakim yang menjadi Naib Johan membawa pulang wang tunai RM1300.00, piala iringan dan sijil penyertaan. Tempat ketiga pula milik kumpulan nasyid dari Jabatan Perkhidmatan Awam dan membawa pulang wang tunai RM1000.00, piala iringan dan sijil penyertaan.


Terdahulu, Y.Bhg Datuk Zainol bin Othman sewaktu menyampaikan ucapan perasmian menyeru agar festival nasyid seumpama ini dapat menerapkan nilai-nilai Islam kepada setiap ahli kumpulan serta kakitangan di JPM khususnya, beliau juga berharap festival seumpama ini dapat diteruskan pada masa yang akan datang .


Beliau juga berkata bahawa penglibatan Ketua-ketua Jabatan dalam perkara ini amat baik sekali dalam memberi sokongan dan galakkan kepada peserta dikalangan kakitangan jabatan masing-masing demi menaikan lagi imej JPM.


penyampaian hadiah



persembahan yang penuh tenaga



nyanyian yang penuh penghayatan



bergambar kenangan bersama pengurus,timbalan pengurus dan pencipta lagu



bergambar kenang-kenangan bersama trofi kemenagan






Wednesday, April 1, 2009

Wednesday, March 11, 2009

sambutan maulid nabi s.a.w 1430H








Assalamualaikum semua...dan salam sejahtera...

dah lama rasenya tak update blog nie...almaklumlaaa bz cikit awal2 tahun nie...bnyk meeting yang nak kene handle bermula dengan Majlis Kebangsaan Islam diikuti dgn Mesyuarat dengan EXCO negeri2 pastu Maulid Nabi...lepas Maulid Nabi ni ade dua lagi meeting yg akan menyusul plak..emm.. pape pn keje still must go on laa kan...xde keje borink plak laa kan..em so sementara ade mase ni nak kongsi sikit pengalaman sepanjang berlangsungnya Majlis Sambutan Maulidur Rasul S.A.W. 1430H....Majlis tersebut telah dirasmikan oleh SPB YDA...Perarakan bermula dari empat penjuru iaitu dari Masjid Negara,SOGO,Masjid Jamek,dan Padang Merbok..para peserta perarakan akan bertemu di Dataran Merdeka..so saya pula ditugaskan untk mengambil gambo di sepanjang majlis tersebut berlangsung...so enjoyla dgn gambo2 ni ye...




Ketibaan Perdana Menteri & Isteri Serta Timbalan Perdana Menteri & Isteri