Tuesday, May 19, 2009

Jakim Naib Johan Festival Nasyid Peringkat JPM 2009


Jakim Naib Johan Festival Nasyid Peringkat JPM 2009



Kemarau penantian selama tiga tahun akhirnya berakhir apabila kumpulan nasyid DG-WA yang mewakili Jakim telah mendapat Naib Johan dalam Festival Nasyid Peringkat Jabatan Perdana Menteri (JPM) Sempena Maal Hijrah 1430H/2009M, setelah kali terakhir mendapat tempat di festival tersebut pada tahun 2006.


Festival yang diadakan pada 30 April 2009 di Auditorium Blok B1, Kompleks JPM, Putrajaya itu telah dirasmikan oleh Y.Bhg. Dato’ Zainol bin Othman, Timbalan Ketua Setiausaha Kanan,Jabatan Perdana Menteri. Festival kali ini dianggap meriah dan sengit sekali kerana telah disertai sebanyak 20 buah kumpulan nasyid yang mewakili agensi-agensi di bawah JPM.


Johan pada tahun ini sandang oleh kumpulan yang mewakili unit ICU, JPM dan membawa pulang wang tunai RM1500.00, piala iringan dan sijil penyertaan. Manakala pasukan nasyid Jakim yang menjadi Naib Johan membawa pulang wang tunai RM1300.00, piala iringan dan sijil penyertaan. Tempat ketiga pula milik kumpulan nasyid dari Jabatan Perkhidmatan Awam dan membawa pulang wang tunai RM1000.00, piala iringan dan sijil penyertaan.


Terdahulu, Y.Bhg Datuk Zainol bin Othman sewaktu menyampaikan ucapan perasmian menyeru agar festival nasyid seumpama ini dapat menerapkan nilai-nilai Islam kepada setiap ahli kumpulan serta kakitangan di JPM khususnya, beliau juga berharap festival seumpama ini dapat diteruskan pada masa yang akan datang .


Beliau juga berkata bahawa penglibatan Ketua-ketua Jabatan dalam perkara ini amat baik sekali dalam memberi sokongan dan galakkan kepada peserta dikalangan kakitangan jabatan masing-masing demi menaikan lagi imej JPM.


penyampaian hadiah



persembahan yang penuh tenaga



nyanyian yang penuh penghayatan



bergambar kenangan bersama pengurus,timbalan pengurus dan pencipta lagu



bergambar kenang-kenangan bersama trofi kemenagan






2 comments: