Thursday, September 25, 2008

Salam Aidilfitri

assalamualaikum warahmatullah wabarakatuh...

Apa khabar semua pengunjung blog saya? Semoga kalian semua sihat walafiat hendaknya. bagaimana dengan persiapan hari raya?diharap kita menyambut raya kali ini dalam keadaan yang tidak membazir..InsyaAllah

Seperti yang kita sedia maklum, tirai Ramadhan Al-Mubarak hampir berlabuh. Jika ditambah dan ditolak tinggal lima hari lagi untuk kita menyambut kedatangan Syawal yang dinantikan hampir seluruh umat islam di Malaysia dan kawasan yang seangkatan dengannya. Oleh itu, janganlah kita leka dengan sambutan hari raya sahaja sehingga melupakan malam-malam terakhir yang hanya datang setahun sekali iaitu malam Lailatulqadar..semoga kita sama-sama mendapat manfaat pada malam-malam terakhir ini..insyaAllah..

Di kesempatan ini, ingin saya memohon maaf yang tidak terhingga kepada semua yang mengenali diri ini dari mula lahir hinggalah ke alam pekerjaan ini.Terutama junior-junior dan senior-senior yang mengenali saya semasa di Sekolah Menengah Kebangsaan Tun Perak Jasin Melaka jika ada kekasaran dari segi fizikal atau mental yang menyakitkan rohani atau jasmani anda.Halalkanlah makan dan minum sepanjang saya bergelar pelajar di SMK Tun Perak. Kepada Mak Cik Ani (makcik kantin) halalkanlah juga makan dan minum saya. Saya rindukan mee bandung Cik Ani.

Kepada kawan-kawan yang dikenali ditempat kerja terutama di hub halal, halalkanlah juga makan dan minum sepanjang sessi pengenalan kita.(HDC mengucapkan selamat berbuka puasa 'halalan thoyiba')semoga kita berjumpa lagi. Kepada mama Iffah dan family saya doakan kalian semoga cepat sembuh.Tidak lupa juga kepada semua staf di bahagian Keurusetiaan & Perhubungan Antarabangsa ampun dipinta jika ada gurauan saya yang menyinggung jiwa dan minda anda semua tapi yang penting kerja dalam keadaan yang ceria baru MERIAH.

Akhir kata dari saya Selamat Menyambut Hari Raya Aidilfitri. Maaf Zahir & Batin.
Raya jemputlah ke rumah.

p/s: tak sabarnya nak balik kampung + nak jumpa semua kawan-kawan yang join Iftar+nak shoping baju raya..haha

Sekian,

Asslamualikum Warahmatullah Wabarakatuh....

1 comment:

  1. Adek taqim,
    Datang la raya2 sini kita ada gak kueh raya bawak kat ofis..

    ReplyDelete