Tuesday, May 19, 2009

Jakim Naib Johan Festival Nasyid Peringkat JPM 2009


Jakim Naib Johan Festival Nasyid Peringkat JPM 2009



Kemarau penantian selama tiga tahun akhirnya berakhir apabila kumpulan nasyid DG-WA yang mewakili Jakim telah mendapat Naib Johan dalam Festival Nasyid Peringkat Jabatan Perdana Menteri (JPM) Sempena Maal Hijrah 1430H/2009M, setelah kali terakhir mendapat tempat di festival tersebut pada tahun 2006.


Festival yang diadakan pada 30 April 2009 di Auditorium Blok B1, Kompleks JPM, Putrajaya itu telah dirasmikan oleh Y.Bhg. Dato’ Zainol bin Othman, Timbalan Ketua Setiausaha Kanan,Jabatan Perdana Menteri. Festival kali ini dianggap meriah dan sengit sekali kerana telah disertai sebanyak 20 buah kumpulan nasyid yang mewakili agensi-agensi di bawah JPM.


Johan pada tahun ini sandang oleh kumpulan yang mewakili unit ICU, JPM dan membawa pulang wang tunai RM1500.00, piala iringan dan sijil penyertaan. Manakala pasukan nasyid Jakim yang menjadi Naib Johan membawa pulang wang tunai RM1300.00, piala iringan dan sijil penyertaan. Tempat ketiga pula milik kumpulan nasyid dari Jabatan Perkhidmatan Awam dan membawa pulang wang tunai RM1000.00, piala iringan dan sijil penyertaan.


Terdahulu, Y.Bhg Datuk Zainol bin Othman sewaktu menyampaikan ucapan perasmian menyeru agar festival nasyid seumpama ini dapat menerapkan nilai-nilai Islam kepada setiap ahli kumpulan serta kakitangan di JPM khususnya, beliau juga berharap festival seumpama ini dapat diteruskan pada masa yang akan datang .


Beliau juga berkata bahawa penglibatan Ketua-ketua Jabatan dalam perkara ini amat baik sekali dalam memberi sokongan dan galakkan kepada peserta dikalangan kakitangan jabatan masing-masing demi menaikan lagi imej JPM.


penyampaian hadiah



persembahan yang penuh tenaga



nyanyian yang penuh penghayatan



bergambar kenangan bersama pengurus,timbalan pengurus dan pencipta lagu



bergambar kenang-kenangan bersama trofi kemenagan






Wednesday, April 1, 2009

Wednesday, March 11, 2009

sambutan maulid nabi s.a.w 1430H








Assalamualaikum semua...dan salam sejahtera...

dah lama rasenya tak update blog nie...almaklumlaaa bz cikit awal2 tahun nie...bnyk meeting yang nak kene handle bermula dengan Majlis Kebangsaan Islam diikuti dgn Mesyuarat dengan EXCO negeri2 pastu Maulid Nabi...lepas Maulid Nabi ni ade dua lagi meeting yg akan menyusul plak..emm.. pape pn keje still must go on laa kan...xde keje borink plak laa kan..em so sementara ade mase ni nak kongsi sikit pengalaman sepanjang berlangsungnya Majlis Sambutan Maulidur Rasul S.A.W. 1430H....Majlis tersebut telah dirasmikan oleh SPB YDA...Perarakan bermula dari empat penjuru iaitu dari Masjid Negara,SOGO,Masjid Jamek,dan Padang Merbok..para peserta perarakan akan bertemu di Dataran Merdeka..so saya pula ditugaskan untk mengambil gambo di sepanjang majlis tersebut berlangsung...so enjoyla dgn gambo2 ni ye...




Ketibaan Perdana Menteri & Isteri Serta Timbalan Perdana Menteri & Isteri

Monday, February 2, 2009

Wednesday, January 7, 2009

14 Perkara Yang Sunat Dilakukan Pada Hari Asyura

14 Perkara Yang Sunat Dilakukan Pada Hari Asyura
(10 Muharram, bersamaan Rabu, 07 JAN 2009)

1. Melapangkan masa / belanja anak , suami & isteri
fadhilat - Allah akan melapangkan hidupnya pada tahun ini.

2. Memuliakan fakir miskin
fadhilat - Allah akan melapangkannya dalam kubur nanti.

3. Menahan marah
fadhilat - Di akhirat nanti Allah akan me masukkannya ke dalam golongan yang ridha.


4. Menunjukkan orang sesat
fadhilat - Allah akan memenuhkan cahaya iman dalam hatinya.


5. Menyapu / mengusap kepala anak yatim
fadhilat - Allah akan mengurniakan sepohon pokok di syurga bagi tiap-tiap rambut yang di sapunya.


6. Bersedekah
fadhilat - Allah akan menjauhkannya daripada neraka sekadar jauh seekor gagak terbang tak berhenti-henti dari kecil sehingga ia mati. Diberi pahala seperti bersedekah kepada semua fakir miskin di dunia ini.


7. Memelihara kehormatan diri
fadhilat - Allah akan mengurniakan hidupnya sentiasa diterangi cahaya keimanan.


8. Mandi Sunat
fadhilat - Tidak sakit (sakit berat)pada tahun itu
lafaz niat : 'Sahaja aku mandi sunat hari Asyura kerana Allah Taala'


9. Bercelak
fadhilat - tidak akan sakit mata pada tahun itu.


10. Membaca Qulhuwallah hingga akhir seribu kali
fadhilat - Allah akan memandanginya dengan pandangan rahmah diakhirat nanti.


11. Sembahyang sunat empat rakaat
fadhilat - Allah akan mengampunkan dosanya walau telah berlarutan selama 50 tahun melakukannya.
lafaz niat : 'Sahaja aku sembahyang sunat hari Asyura empat rakaat kerana Allah Taala'
Pada rakaat pertama dan kedua selepas fatihah di baca Qulhuwallah sebelas kali.



12. Membaca
'hasbiyallahhu wani'mal wakil wa ni'mal maula wa ni'mannasiiru'
fadhilat - Tidak mati pada tahun ini .


13. Menjamu orang berbuka puasa
fadhilat - Diberi pahala seperti memberi sekalian orang Islam berbuka puasa.


14. Puasa
Niat - 'Sahaja aku berpuasa esok hari sunat hari Asyura kerana Allah Taala'
fadhilat - Diberi pahala seribu kali Haji, seribu kali umrah dan seribu kali syahid dan diharamkannya daripada neraka.

Insya'allah..
Semoga Bermanfaat Dan Dapat Dipanjangkan Kepada Yang Lain-Lain.

Wednesday, December 31, 2008

Sambutan Maal Hijrah 1430H Peringkat Kebangsaan

Assalamualaikum w.b.t.... semuaa


bersua lagi...tapi kali nie nak post citer mengenai Sambutan Maal Hijrah 1430H Peringkat Kebangsaan tahun nie yang telah selamat dilangsungkan dengan jayanya pada 29 Disember 2008 baru-baru nie di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC)...Majlis ni di letakkan di bawah tanggungjawab JAKIM...Bhg yang bertanggungjawab pula menguruskan segala hal yang berkaitan dengan majlis diatas adalah Bhg Keurusetiaan & Perhubungan Antarabangsa,JAKIM...persiapan yang rapi telah dilakukan agar majlis yang dianggap sebagai Majlis rasmi kerajaan ni berjalan dengan lancar...bukan ape,majlis ni turut dihadiri oleh Duta2 Luar Negara...kalo tak silap saya persiapan dilakukan 3 bulan sebelum majlis berlangsung....so pada 29.12.2008 adalah hasilnya...tahniah diucapkan kepada semua warga kerja Majlis Sambutan Maal Hijrah 1430H peringkat kebangsaan ini diatas kerjasama yang telah diberikan dengan cemerlang sekali...Majlis tersebut telah dirasmikan oleh Timbalan Yang Di-Pertuan Agong Al-Sultan Almu'tasimu Billahi Muhibbuddin Tuanku Al-Haj Abdul Halim Mu'adzam Shah Ibni Almarhum Sultan Badlishah,Sultan Negeri Kedah Darul Aman..Baginda hadir bersama isterinya Sultanah Hajjah Hamidah Binti Hamidun...Turut hadir Y.A.B. Perdana Menteri Malaysia dan Y.A.Bhg. Isteri serta Pegawai2 kanan kerajaan yang lain...


berikut seperti biasa gambar2 yang sempat saya rakamkan sepanjang majlis berlangsung...



Sekitar raptai :









Sekitar Hari Sebenar:

Tetamu VVIP & VIP









Ucapan Alu-aluan oleh Y.B Dato' Seri Rr. Ahmad Zahid bin Hamidi,Menteri di Jabatan Perdana Menteri merangkap Pengerusi Jawatankuasa Induk Majlis Smbutan Maal Hijrah Tahun 1430H/2008M





Titah Ucapan Ke Bawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku Sultan Kedah Darul Aman:





Periwayatan dan Pengumuman Tokoh Maal Hijrah 1430H oleh Y.Bhg. Dato' Ketua Pengarah JAKIM:






Tokoh Maal Hijrah 1430H

Dari kiri Dr. Wahbah Az Zuhaili & Y.B. S.S. Dato' Seri Haji Harussani


Upacara Penyampaian Anugerah Tokoh Maal Hijrah 1430H





Persembahan Khas Maal Hijrah di bawah pengurusan Pak Ngah Production yang turut diserikan dengan artis2 popular

Ramli Sarip





Rahimah Rahim






Lawak Jenaka bersama Abby Yus & Sabri Yunos






Akhil Hayy






Kumpulan Jimbe





M. Nasir





Lagu Penutup Maal Hijrah




Tetamu Yang hadir






Wajah2 Urusetia





Itula sahaja utk tatapan semua pengunjung Blog saya...kali nie gambo saya xde laaa...nak ambik ngan artis tak sempat...kene jage VIP....Sedih...sedih...sedih...(versi Upin & Ipin)

k laa jumpe lagi dalam Post yang lain plak yerr...

salam...

~out..