Monday, October 13, 2008

fAmiLy Day...

Assalamualaikum..

Nak citer ckt..semalam ada sambutan Hari Keluarga bhg LEPAI JAKIM..aku saje je melorat join..kebetulan housemate aku org LEPAI..so aku join le..yelaa dok umah pon boring kan..nak gak gi jenjalan...



Hari Keluarga nie dieorg buat kat Nur Lembah Pangsun yang terletak di batu 18 Hulu Langat,Selangor..perjalanan kesana ambil masa lebih kurang 30 minit dari putrajaya..aku ngan kamil(housemate aku) gi ngan keta member aku lagi sorang (paan).selain tu kakak kamil pon join gak...






Sampai je kat sana masing-masing semua sibuk berkemas..ada yang dirikan khemah..ada yang siapkan persiapan nak makan..persiapan BBQ..dan macam-macam lagi...yang penting angkut barang-barang tu kamil..jangan tak angkut k..



Sementara dieorang berkemas dan bersiap2..aku sempat lagi ambil gambar..posing2..hahaha.. bukan pe sementara nak tunggu dieorang panggil makankan...yang belah kiri tue member aku paan..single lagi nak berkenalan ngan die meh laa...calling aku k..hihihi..jgn mara paan..



tiba-tiba..tengah masing-masing sibuk berkemas hujan turun..tak lebat mane..apelagi semua bergegas pack blk mane yang dah disusun untuk dibawa dibawah kemah...dgn tempat BBq skali diangakatnya...tapi tak lama la..sedang elok siap kemas kat tempat teduh...hujan pon berhenti..









haa..yang nie jangan cakap laa...memang kesukaan budak2..ada tue dalam hujan pon sanggup mandi gak...tapi yang penting ade parents yang bertugas untuk mengawasi anak-anak tersebut..bukan main seronok lagi bermain air ye..aku tak turun mandi pon..tak bawa baju daa...


mamat kat atas nie lagi la...sempat lagi memancing kat situ...ingat takde la ikan rupanya ade...yang lagi besh nyer siap lagi die bakar ikan yang die dapat tue..ikan tue takde la besar mane pon..pape ajelah wak oiii...



aku sempat lagi mencuba bakar ikan ngan ayam tue..ada gak yang hangit sikit..mane daa aku reti..baru first time main BBQ nie..hihi



emmm..yummy...sedap gak ikan ngan ayam yang aku bakar tadi..haha..rasanya hingga hujung tulang ikan....besh tak besh laa..kalo tak caya tengok mulut kamil sudey...



tamatlah Family Day...nie aku tangkap mase dalam keta nak bertolak balik ke putrajaya...besh sangat2...pesanku kalo ade lagi family day nie jangan lupa jemput la aku lagi k...hahaha...

tue saja la...

Assalamualaikum...

Saturday, October 11, 2008

aYaH aKu RinDu PaDamU


ayah
aku rasa sunyi
sejak kehilanganmu
di dunia ini
disaatku meniti
kejayaan ini

ayah
aku menyanjungi
jasamu yang terlalu
agung buatku
tak dayaku membalas
jasa dan budimu

tanpa kamu
hilanglah haluan hidupku
terasa siksanya dijiwa ini
tak dapatku
membalas jasamu di dunia ini


di pagi raya ku pohonkan
kemaafan keinsafan
ku doakan agar rohmu
dicucuri rahmat Illahi
oh ayah

tanpa kamu
hilanglah haluan hidupku
terasa siksanya dijiwa ini
namun aku
tetap redha apa yang mendatang

di pagi raya ku pohonkan
kemaafan keinsafan
ku doakan agar rohmu
dicucuri rahmat illahi
oh ayah

ayah
aku rasa sunyi
sejak kehilanganmu di dunia ini
disaatku meniti kejayaan ini

ayah
aku menyanjungi
jasamu yang terlalu
agung buatku
di hari raya ini
ku merinduimu

Wednesday, October 8, 2008

Rumah Terbuka Aidilfitri Jabatan Perdana Menteri

Assalamualaikum..
Rumah Terbuka Aidilfitri Jabatan Perdana Menteri telah diadakan pada hari Rabu bermula jam 12.00 tgh hari...dihadiri oleh ramai orang (tak terkira ramainya)..menyediakan pelbagai juadah yang menusuk kalbu..haha..lebih kurang 47 agensi yang bernaung di bawah jabatan perdana menteri mengambil bahagian menyediakan pelbagai jenis juadah anataranya nasi beriani.laksam,cendol,laksa penang dan bermacam-macam lagi...JAKIM salah satu agensi yang bernaung di bawah Jabatan Perdana Menteri telah menyediakan juadah Laksa Penang...sedap giler laksa tersebut...sape tak rasa rugi...Majlis tersebut turut dihadiri oleh Perdana Menteri serta Isterinya...

berikut gambar2 yang boleh dikongsi bersama...tapi banyak gambo dah hilang...nie je yang dapat diselamatkan..sedih seh...






Majlis Berbuka Puasa ex-Form 5 STP 05

Assalamualaikum...

Alhamdulillah..akhirnya selesailah Majlis Berbuka Puasa yang diadakan di Medan Ikan Bakar Umbai Merlimau Melaka..Setelah penat diatur dan diuruskan oleh saudara Khalil atau lebih mesra dengan panggilan K0-e majlis tersebut telah berjalan dengan lancar walaupun pelbagai tragedi yang berlaku..Majlis tersebut telah dihadiri oleh seramai lebih kurang 35 orang (kalo tak silap)..penuh dan gamat suasana di Medan Ikan Bakar tersebut..sebenarnya jujur dihati nak beritahu,datang majlis tue bukan nak makan sangat pon..cuma rindu nak jumpa kawan-kawan lama..borak-borak..tengok perubahan fizikal (hahaa)..ada yang maintain,ada yang cute dan macam-macam lagi la..pendek kata majlis tersebut memang meriah dan seronok sangat2..Majlis tersebut bukan sahaja dihadiri oleh bekas pelajar tingkatan 5,2005 sahaja,tapi turut dihadiri oleh bekas pelajar tingkatan 3 iaitu saudara Umar Aswad dan saudara Reza..yang penting tali silaturrahim antara kita semua akan berkekalan buat selama-lamanya InsyaAllah..Terima Kasih kepada saudara K0-e diatas layanan serta sesiapa sahaja yang terlibat dalam majilis tersebut secara langsung atau tidak langsung...
u/p semua kawan-kawan yang hadir : saya ingin menyampaikan salam dari Ustaz Mat Nawi dan Ustazah Surina kepada semua bekas pelajar yang menjayakan Majlis Berbuka Puasa tersebut.

nie ada la sikit gambo...tapi nak yang lebih banyak tengok kat dalam blog kelas k..














Thursday, September 25, 2008

Salam Aidilfitri

assalamualaikum warahmatullah wabarakatuh...

Apa khabar semua pengunjung blog saya? Semoga kalian semua sihat walafiat hendaknya. bagaimana dengan persiapan hari raya?diharap kita menyambut raya kali ini dalam keadaan yang tidak membazir..InsyaAllah

Seperti yang kita sedia maklum, tirai Ramadhan Al-Mubarak hampir berlabuh. Jika ditambah dan ditolak tinggal lima hari lagi untuk kita menyambut kedatangan Syawal yang dinantikan hampir seluruh umat islam di Malaysia dan kawasan yang seangkatan dengannya. Oleh itu, janganlah kita leka dengan sambutan hari raya sahaja sehingga melupakan malam-malam terakhir yang hanya datang setahun sekali iaitu malam Lailatulqadar..semoga kita sama-sama mendapat manfaat pada malam-malam terakhir ini..insyaAllah..

Di kesempatan ini, ingin saya memohon maaf yang tidak terhingga kepada semua yang mengenali diri ini dari mula lahir hinggalah ke alam pekerjaan ini.Terutama junior-junior dan senior-senior yang mengenali saya semasa di Sekolah Menengah Kebangsaan Tun Perak Jasin Melaka jika ada kekasaran dari segi fizikal atau mental yang menyakitkan rohani atau jasmani anda.Halalkanlah makan dan minum sepanjang saya bergelar pelajar di SMK Tun Perak. Kepada Mak Cik Ani (makcik kantin) halalkanlah juga makan dan minum saya. Saya rindukan mee bandung Cik Ani.

Kepada kawan-kawan yang dikenali ditempat kerja terutama di hub halal, halalkanlah juga makan dan minum sepanjang sessi pengenalan kita.(HDC mengucapkan selamat berbuka puasa 'halalan thoyiba')semoga kita berjumpa lagi. Kepada mama Iffah dan family saya doakan kalian semoga cepat sembuh.Tidak lupa juga kepada semua staf di bahagian Keurusetiaan & Perhubungan Antarabangsa ampun dipinta jika ada gurauan saya yang menyinggung jiwa dan minda anda semua tapi yang penting kerja dalam keadaan yang ceria baru MERIAH.

Akhir kata dari saya Selamat Menyambut Hari Raya Aidilfitri. Maaf Zahir & Batin.
Raya jemputlah ke rumah.

p/s: tak sabarnya nak balik kampung + nak jumpa semua kawan-kawan yang join Iftar+nak shoping baju raya..haha

Sekian,

Asslamualikum Warahmatullah Wabarakatuh....

Sunday, September 21, 2008

LeLAki sEjATi

Ada Seorang anak perempuan bertanya kepada ibunya… , “Bagaimanakah
lelaki sejati ?Ibu nya kemudian menjawab,

Nak…

Laki-laki sejati bukanlah dilihat dari
bahunya yang kekar, tetapi dari kasih
sayangnya pada orang di sekitarnya…

Laki-laki sejati bukanlah dilihat dari
suaranya yang lantang, tetapi dari
kelembutannya mengatakan kebenaran…

Laki-laki sejati bukanlah dilihat dari
jumlah sahabat di sekitarnya, tetapi
dari sikap bersahabatnya pada generasi
muda bangsa…

Laki-laki sejati bukanlah dilihat dari
bagaimana dia di hormati ditempat
bekerja, tetapi bagaimana dia dihormati
didalam rumah…

Laki-laki sejati bukanlah dilihat dari
kerasnya pukulan, tetapi dari sikap
bijaknya memahami persoalan…

Laki-laki sejati bukanlah dilihat dari
dadanya yang bidang, tetapi dari hati
yang ada dibalik itu…

Laki-laki sejati bukanlah dilihat dari
banyaknya wanita yang memuja, tetapi
komitmennya terhadap wanita yang
dicintainya…

Laki-laki sejati bukanlah dilihat dari
jumlah tanggungjawab
yang dibebankan, tetapi dari tabahnya
dia menghadapi
liku-liku kehidupan…

Laki-laki sejati bukanlah dilihat dari
rajinnya membaca kitab suci, tetapi dari
konsistennya dia menjalankan apa yang ia
baca…

Wednesday, September 17, 2008

nUZuL qUraN...

HARI NIE SELANGOR DAN ADE SESETENGAH NEGERI YANG BERCUTI SEMPENA NUZUL QURAN....TAPI AKU KAT PUTRAJAYA..PUTRAJAYA TAK AMBIK PON CUTI NUZUL QURAN NIE...YANG AKU PELIK THAIPUSAM CUTI LAK...ENTAH LAA...RAMAI ORG INDIA KOT...WHATEVER LAAA....

YANG PENTING BULAN POSE NIE KEJE TAK BERAPA BANYAK LAA...CUMA MASING2 SIBUK MENYIAPKAN 'LO' YAKNI PESANAN KERAJAAN UTK BEBERAPA PROGRAM YG AKAN BERLANSUNG PAS RAYE NIE UNTIL THE END OF THE YEAR...

MACAM AKU KENE ADJUST UTK PERSIDANGAN KETUA JABATAN (PKJ). BLN 11 NANTI...SO EVERYTHING SETAKAT NIE UNDER CONTROL...BOS AKU LAK TAKDE BERCUTI EMERGENCY COZ KEGUGURAN...TULA RENYAH SGT...ANYWAY TAKZIAH LA...SEMOGA CEPAT SEMBUH...

SO CMNE NGAN PERSIAPAN RAYE KORANG SEMUA...MCM AK NIE LOM LG BLI BAJU GAYE LG...MAYBE AK TAK RAYE SGT KOT TAHUN NIE...YELA AYAH AKU XDE KAN...SO KURG MERIAH LA BEB...SEDIH PON ADE GAK..BUT LIFE MUST GO ON KN...

SEBENO NYE XSABO2 NK GI GATHRNG NANTI..JMPE KENGKWN LAME KN....ADUHAI..XSABO RASENYE...

SO SALAM RAMADHAN AL MUBARAK LAA BUAT SEMUA PENGUNJUNG BLOG AKU YG TAK BERAPA NAK LAWA NIEKN..HU3...AMPUN MAAF DIPINTA DARI HUJUNG RAMBUT SAMPAI HUJUNG KAKI JIKA ADE SEBARANG KESILAPAN SEPANJANG SESSI PENGENALAN KITA YE......

SEKIAN..
WASALAMUALAIKUM WARAHMATULLAH WABARAKATUH.....

Friday, September 12, 2008

$@#@B@T

wahai sahabat yang ku sayangi
kau mengukir senyuman di kamar hati
damainya hati yang gundah ini
melihat dikau di kala ini

kau sambut bahgia tali persahabatan
jalin persaudaraan sesama kita
ikatan murni yang berpanjangan
takkan dilupa hingga selamanya

namun kini masa pun beredar
memaksa perpisahan antara kita
takkan ku lupa teman seperjuangan
yang pernah bertaut dan korbankan j
iwa

Thursday, September 4, 2008

gEnaP SeTaHun......

ALHAMDULILLAH...SYUKUR PADA TUHAN YANG MEMBERIKAN AKU NIKMAT INI...

HARI NIE GENAP SETAHUN AKU BERKHIDMAT DENGAN KERAJAAN...BAK KATA ORANG 'CAP JARI BELOM KERING LAIE' TAPI AKU BERSYUKUR SANGAT2 WALAUPUN ADA SETENGAH ORANG BERPENDAPAT BAHAWA WAJAR UMUR MACAM AKU NIE SAMBUNG STUDY TAK ELOK KERJA...TAPI APE BOLEH BUAT HANYA ORANG YANG MENGENALI AKU DENGAN RAPAT SAHAJA YANG MENGERTI APE YANG TERBUKU DI LUBUK SANUBARI AKU INI SEBENARNYA...

SEJAK PEMERGIAN AYAH,AKU BANYAK BERKORBAN UNTUK KELUARGA..NAK KATE ABG2 AKU TAK BERKORBAN,TAK LA JUGA..TP MASING2 SUKE WAT HAL MASING2,SIBUK NGAN FAMILY MASING2..YELA SEMUA ADE ANAK DAN BINI..TAPI SATU JE NASIHAT AKU..TANGGUNGJAWAB ANAK LELAKI NGAN KELUARGA TIDAK AKAN TERPUTUS SAMPAI BILE..CUMA MAUT JE BOLEH MEMISAHKANNYA...BKANNYE NAK CAKAP DIRI AKU NIE BAGUS..TAPI CUMA NAK LUAHKAN JE..KALO DISIMPAN BOLEH JADI BEBAN BAGI AKU..

ANYWAY AKU NAK UCAPKAN TERIMA KASIH BANYAK2 PADA CIKGU2 YANG TELAH MENDIDIK AKU DARI TADIKA HINGGA AKU MENAMATKAN PELAJARAN AKU DI SMK TUN PERAK..TANPA KALIAN AKU TAKKAN BERADA DI JAKIM NI..SEMOGA HIDUP KALIAN SEMUA DIBERKATI DAN DIRAHMATI OLEH ALLAH...AMEEN..

KEPADA KAWAN2 YANG AKAN ATAU TENGAH SAMBUNG STUDY DIMANA2 JUA ANDA BERADA..DOAKU SEMOGA KALIAN SIHAT DAN SUCCES SLALOO...TERUSKAN PERJUANGAN KALIAN SEMUA DALAM MENGEJAR CITA2 K..

OKLA..FINISH....SEMOGA JUMPE DI LAIN POST PLAK K...
ASSALAMUALAIKUM WARAHMATULLAH WABARAKATUH....

Wednesday, September 3, 2008

LaMe tAk UpdaTE

SALAM SEMUA....LAME TAK UPDATE BLOG...BULAN LAPAN NIE BULAN YANG LETIH BAGI AKU...BARU JE MASUK DAH DAPAT KEJE...TP AKU TAK KISAH...DAH NAMA KEJE MESTILAH LETIHKAN.....

AKU MULA BZ 08-08-2008....ORANG CINA ANGGAP TARIKH NIE 'ONG'..TP AKU KENE JADI URUSETIA PROGRAM TAHSIN AL-QURAN UNTUK QARI DAN QARIAH ANTARABANGSA YANG DIADAKAN LEBIH KURANG SEMINGGU DI EMPRESS HOTEL KT SEPANG...SO BERMACAM JENIS ORANG YANG AKU JUMPE..ADE DARI NEGARA YANG AKU TAK PERNAH DENGAR PON ADE...CONTOH NEGARA YANG TERLIBAT IALAH BURKINA PASO, MALI, TOGO, BOSNIA, KOSOVO, UKRAINE, UZBEKISTAN, CHINA,INDIA, PAKISTAN, AFRIKA SELATAN, TIMO LESTE, DAN MACAM-MACAM LAGI LA...TP TAK SEMUA PESERTA TILAWAH ANTARABANGSA YANG TERLIBAT..PROGRAM NIE DIADAKAN BERTUJUAN UNTUK MEMBERI SALAM PENGENALAN MENGENAI LAGU-LAGU TARANUM KEPADA PESERTA YAMG MAJORITINYA DIPOLOPORI OLEH NEGARA-NEGARA AFRIKA SELATAN...

YANG BAGUSNYA DIAORANG MAJORITINYA DAH HAFAL AL-QURAN...CUMA DIAORG TAK TAW SELOK-BELOK TARANUM DAN SISTEM PEMARKAHAN..TUE YANG PROGRAM NIE DIWUJUDKAN...TP NEGARA2 YANG BIJAK PANDAI TIDAK DIJEMPUT HADIR..BUKAN DIKRIMINASI...TAPI KITA UTAMAKAN NEGARA2 YANG TIADA TENAGA PENGAJAR YANG MAHIR...

YANG LETIHNYE, SEPANJANG PROGRAM BERLAGSUNG DARI MULA SAMPAI HABIS AKU TAK PUTUS2 DGN PELBAGAI PERSOALAN YANG DIAJUKAN OLEH 'POK SHEH2' DAN 'MOK SHEH' ADA YANG AKU FAHAM DAN ADA YANG AKU TAK FAHAM...MAJORITI CAKAP ARABIC...KALO SLENG YANG AKU FHM TAKPE..NIE SLENG YANG AKU TAK FHM...AKU PON BEDAL JELAA CKP BI + ARAB....SEBAB ADE SORANG YANG FHM BI..SO AKU PON DGN BROKEN NYER BERCKP LAH UTK BERINTERAKSI....TAPI KESELURUHAN PROGRAM BESH SGT2...NIE ADE GAMBO YANG AKU NK KONGSI NGAN KORUNG UNTUK TATAPAN KORUNG....

KAT ATAS NIE SEMUA GAMBO KENANGAN MASE PROGRAM BERLANGSUNG.....


NIE GAMBO BERSAMA SEMUA PESERTA WANITA

INI GAMBO AKU NGAN AWEKZZ DARI BOSNIA...SEPADAN X?HUHU