Wednesday, December 3, 2008

Persidangan Ketua-ketua Jabatan/Majlis Agama Islam seluruh Malaysia kali ke-78


Assalamualaikum warahmatullah wabarakatuh...

Ape Khabar semua pengunjung....ni nak sambung citer haritu mengenai Persidangan Ketua Jabatan (PKJ) haritu...PKJ ni diwujudkan adalah untuk membincangkan perkara2 yang berkaitan dengan hal ehwal islam...dihadiri seramai 70 orang yang terdiri daripada Ketua Pengarah JAKIM,Timb. Ketua Pengarah JAKIM Operasi dan Pengurusan,Pengarah2 Jabatan Agama Islam Negeri,Majlis Agama Islam Negeri2,serta Agensi2 yang berhubungkait dengan hal ehwal islam seperti Biro Bantuan Guaman Malaysia,JAWHAR,Yadim, Jabatan Pendidikan Islam dan Moral, Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia, Jabatan Arah Kor Agama Angkatan Tentera Malaysia (KAGAT),Bahagian Agama dan Kaunseling PDRM,dan Pengarah2 Bahagian JAKIM yang berlangsung selama 3 hari bermula 23 November sehingga 25 November 2008 di Hotel Impiana Casuarina,Ipoh,Perak..Persidangan tersebut dirasmikan oleh Y.A.B Menteri Besar Perak yang baru Y.A.B Dato' Seri Ir Hj. Mohd Nizar b. Jamaluddin. Majlis Perasmian diadakan di Institut Tadbiran Islam Perak,(INTIM)..

berikut adalah gambar2 untuk tatapan semua k..







sekitar majlis Perasmian serta Gambar kenang-kenangan

persembahan oleh Ida Fazilah (Akademi Nasyid) dan Kump. Perkusi Perak.








Sekitar Persidangan...

Demikianlah gambar2 sepanjang majlis perasmian dan persidangan..gambar saya takde sebab sayalah jurugambo nyer...sebagai tatapan terakhir untuk kalian semua lihatlah gambar saya...untuk makluman BOS...saya hadir taw..ni buktinya...


(jangan mare haa...)

sekian dahulu dari saya..jumpe lagi di next post..daaa

salam..

out~~

2 comments: